Monday, April 25, 2011

Dia kau Lupakan, Kau AkAN dillupakanNya...

 ........................
Tiga malam lepas..... gua diuji dengan beberapa anasir jahat.. anasir ini yang menjadikan gua semakin hari, semakin pening.... time ni, gua baru nak tido.... 

Dalam jangka masa 5 minit, sebelum anak mata menutup rapat... serta merta muncul makhluk yang menhengpap tubuh gua.... gua dapat rasakan pergelangan tangannya yang kasar, tubuhnya yang begitu besar,...... dan disaat dia memeluk gua, tubuh gua rasa meremang.....

Gua baca ayat2 suci Al-Quran... Syukur dia melepaskan gua.... Sehingga ke hari ni... gua masih diuji..... Mungkin ada hikmah disebalik peristiwa yang menimpa gua ni.... oh....... solat Insyak x laksanakan lagi..... dah leka sgt... inilah jadinya... Wassalam....

Wednesday, February 9, 2011

Di bUai LenA, di gerTak saKit


Pada 7/2/2010, tepat pukul 12.20, tubuh gua terbaring kat tilam dengan keadaan baring…. mata semakin berat, lalu tertido… sedang asyik melayan mengantuk… last2 gua ditindih dengan seekor/seorang makhluk…. Pada firasat gua, makhluk tu ialah golongan jin ataupun setan..…

Badan gua dah x dapat nak gerak…. Syukur, mata gua dapat buka. Hajat yang tersirat dihati gua ingin melihat wajah sebenar makhluk yang suka suki tindih gua.. “aku mahu lihat wajah ko…. Aku nak tgk muka ko……”, bisik hati aku bersungguh-sungguh. 

Hah!!! …. Bentuk makhluk yang berada dihadapan mataku dapat gua lihat…. Bentuknya kelihatan lutsinar.. Tapi kelihatan berbentuk…. bentuk…. wajah…. diperhatikan…..… semakin jahat perlakuannya padaku… 

“Ya….Ya….Allah.. Selamatkan aku…., bantulah aku Ya Allah….”, bisik hatiku…. Tanpa ragu-ragu, gua mengangkat jari telunjuk, dan melafazkan syahadah… “Lailahaillah, Muhamadu rasulullah”: Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”,  mulat gua terketar-ketar melafazkan kalimah syahadah…

Gua kumpulkan sepenuh tenaga, beserta dengan keyakinan bahawa kehebatan Allah tiada tolok bandingnya…. Tangan gua dapat diangkat… lalu menepis si makhluk tu dgn sekuat-kuatnya… dengan serta merta, jantung gua berdegup kencang….  Dup……dap….dup…dap…. Terasa seperti satu ikatan kemas / kuat telah berjaya diputuskan……

Gua terus bangun,.. Dan ambil wuduk…… tidur disertakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran, Surah Al-Hashr (ayat 21-24). Sekian…..

Thursday, January 27, 2011

Puaka Jentayu


Satu  malam, gua tido rumah member gua... Gara2 study sesame untuk hadapi exam STPM. Cam biasala, masa dekat-dekat exam baru kelam kabut cr nota... Cari fakta... Cari topik nak baca. Baca punya baca, kepala otak makin tersumbat... Automatik le bijik mata jadi tak tentu arah.... Tido la ubatnya....

Tutup buku terus baring,... Panggil member join tido.. Terus dia datang.. Rupanya, dia pun sama gan pragai aku, patut la jadi member sekepala.  Lampu terus dipadam, nafsu untuk tido time tu amat tinggi dan mengatasi nafsu laparku. Entah mengapa. Last2 tetido tanpa dengkuran.

Mata dah hampir terpejam... Dalam separa sedar, tubuh gua ditindih dengan benda yang berat. Tp bukan disamakan dengan batu... masih lagi dapat bernafas... Hanya tangan tak leh nak gerak, kaki tak dapat nak goyang, dicubanya aku menerajang member aku agar membantuku, tapi hajatku tidak kesampaian...................

Gua buka mata slow2.. Syukur.. Mata dapat ku buka... Dihadapanku... Ku perhatikan sekujur tubuh tinggi, sasa dan berbulu... Tapi wajah tidak kelihatan... Makhluk menatang apakah ini ??? 

Sunday, January 23, 2011

GETTING STARTED



Testing......
Testing....satu....dua....tiga....
cubaan blog....
satu dua tiga kucing berlari !!!!....


lembu sakit termakan duri,
cik kuba sorang sukar dicari.


patah tanduk kerbau mati,
cik kuba sorang xdpt dicari ganti.


testing..... testing....
ok.... ok.... ok...
stabil..... jalan......